Tak larat puasa kerana gian syabu 0 6023

MIRI: Sembilan individu termasuk seorang wanita ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam serbuan di beberapa kampung di Bekenu dekat sini selepas disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan bermula pukul 11 malam pada Jumaat sehingga lima pagi pada Sabtu di Kampung Pejuang Kelulit, Kampung Kelulit, Kampung Jambu, Kampu Peliau, Kampung Sebalik Tiris dan Kampung Masjid Tiris.

Ketua AADK Cawangan Miri Mazlan Jikran berkata sembilan suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 50 tahun ditahan setelah ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis syabu.

“Semua yang ditahan beragama Islam positif dadah mengaku tidak tahan gian dadah jenis syabu di bulan puasa.

“Sembilan ditangkap mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan dibawah Seksyen 6(1)(a) akta yang sama iaitu perintah menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama dua tahun dan pengawasan dua tahun atau Seksyen 6(1)(b) iaitu menjalani perintah pengawasan selama tempoh maksimum tiga tahun,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12984

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12364

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news