Tauke balak haram diberkas, cuba rasuah polis di Sibu 0 6116

SIBU: Seorang majikan pembalak haram ditahan selepas cuba menyogok seorang pegawai kanan polis dengan wang suapan bernilai RM10,000 di sebuah kedai kopi di Ulu Sungai Merah, di sini hari ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 10 Polis Gerakan Am (PGA) Superintenden Sanudin Md Isa berkata, lelaki, 46, terbabit cuba memberi wang suapan sebagai habuan untuk melepaskan barang rampasan dan beberapa orang pekerja yang ditahan dalam satu serbuan dikawasan Pasai Siong, dekat sini sekitar 7 pagi Selasa.

“Lebih kurang 70 batang kayu balak pelbagai saiz dan spesies, tiga buah jengkaut, dua buah gergaji berantai dengan anggaran nilai kesuluruhan berjumlah RM211,500 dirampas dalam operasi itu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu, satu serbuan dibuat di lokasi mendapati beberapa pekerja sedang bersiap untuk memulakan kerja.

Serbuan diketuai oleh Pegawai Risik Insp. Mohd. Hafizhazman Hassan bersama anggota Cawangan Risik PGA Sibu dan PGA Sarawak itu turut disertai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak serta penguatkuasa Sarawak Forestry Corporation (SFC) Sibu.

“Berikutan itu, pegawai kanan polis berkenaan telah memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa polis dan mengarahkan mereka untuk mengemukakan lesen dan permit yang berkaitan namun gagal.

Mereka (pekerja) diarah untuk menghubungi majikan bagi menunjukkan dokumen serta permit berkaitan namun ‘tauke’ tersebut ingin berjumpa dengan ketua serbuan di sebuah kedai kopi di mana dia cuba memberi wang suapan itu,” jelasnya beliau.

Dalam pada itu, Sanudin turut memuji tindakan pegawai polis berkenaan dan wajar dijadikan contoh oleh semua kakitangan kerajaan.

“Pihak kami bekerja keras untuk menghapuskan aktiviti pembalakan haram di sini meskipun taktik mereka amat sukar dikesan sebelum ini.

“Modus operandi mereka adalah memotong kayu di kawasan berkenaan dan menghanyutkan kayu balak melalui sungai sebelum dibawa terus ke kilang menggunakan tongkang,” katanya.

Dalam pada itu, Sanudin berkata suspek diserahklan kepada pihak SPRM untuk tindakan lanjut manakala barang rampasan telah diserah kepada pihak SFC di sini.

“Suspek telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah selepas SPRM menyiapkan kertas pertuduhan terhadapnya,” katanya.

Katanya, individu terbabit boleh didakwa di bawah Ordinan Hutan Sarawak 2015 dan Seksyen 17(b), Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda 10 kali ganda suapan. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13025

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12497

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news