Tentera gagalkan cubaan seludup burung Murai ke negara jiran di Tebedu 0 6036

KUCHING, 16 Jan (Bernama) — Sebanyak 310 ekor Burung Murai yang cuba diseludup ke negara jiran menggunakan laluan lorong tikus telah berjaya digagalkan oleh pihak tentera di sempadan Malaysia dan Indonesia di Tebedu kira-kira 100 km dari sini hari ini.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam satu kenyataan berkata dalam Operasi SERKAP yang bermula pada 4 pagi di kawasan berhampiran Kompleks ICQS Tebedu dan Inland Port Tebedu, pihak tentera turut mengesan tiga lelaki yang membawa sangkar burung melalui kawasan tersebut.

“Pihak tentera seterusnya telah mengarahkan ketiga-tiga lelaki tersebut untuk berhenti bagi membuat pemeriksaan terhadap barangan yang dibawa.

“Menyedari kehadiran pihak tentera, ketiga-tiga lelaki tersebut bertindak melarikan diri ke kawasan hutan dan meninggalkan barangan yang dibawa mereka,” menurut kenyataan itu.

Hasil pemeriksaan ke atas barangan yang ditinggalkan mendapati ada 13 sangkar burung mengandungi 310 ekor Burung Murai yang dianggarkan bernilai RM248,000.

Barang rampasan seterusnya dibawa ke Balai Polis Tebedu dan akan diserahkan kepada pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak bagi hidupan liar untuk tindakan susulan.

– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12904

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news