Terkini: Gempa bumi berlaku di Indonesia 0 187

Gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia sekitar jam 12:59 pagi tadu

Koordinat : 6.6° Selatan dan 132.1° Timur
Magnitud : 5.7 skala Richter
Jarak : 538km Tenggara dari Ambon,Indonesia
Kedalaman : 98 km

Setakat ini tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jerebu: 337 sekolah di Sarawak ditutup 0 32

KUCHING: Jerebu yang masih menyelubungi negeri ini memaksa 337 buah sekolah di sembilan daerah ditutup untuk hari kedua, hari ini.

Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam kenyataan, berkata daripada jumlah itu, 281 adalah sekolah rendah manakala 56 lagi sekolah menengah, membabitkan jumlah keseluruhan pelajar seramai 138,384.

Sembilan daerah yang terbabit dalam penutupan sekolah itu ialah Betong, Bau, Kuching, Lubok Antu, Padawan, Samarahan, Sri Aman, Lundu dan Kanowit.

Di Kuching, penutupan membabitkan 85 sekolah, Padawan (85), Betong (55), Bau (44), Sri Aman (41), Lundu (24) manakala Lubok Antu, Samarahan dan Kanowit masing-masing satu sekolah.

“Pihak sekolah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa serta memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan melalui pelbagai pendekatan sepanjang tempoh sekolah ditutup,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Sementara itu, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman menurun ke tahap sangat tidak sihat selepas mencecah paras berbahaya, semalam.

Sehingga jam 8 pagi ini, kualiti udara di bahagian berkenaan berada pada bacaan 239.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), sembilan Stesen Pengawasan Udara Automatik pula mencatatkan bacaan pada tahap tidak sihat.

Lokasi terbabit ialah Kuching (173), Samarahan (154), Sarikei (157), Sibu (166), Mukah (137), Bintulu (120), Samalaju (102), Miri (125) dan Institut Latihan Perindustrian Miri (120). – Berita Harian Online

Spread the news

Isu tanah NCR selesai jika PH menang di Sarawak 0 44

KUCHING: Isu tanah hak adat bumiputera (NCR) hanya boleh diselesaikan jika Pakatan Harapan (PH) menang di Sarawak.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata walaupun kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah meminda Kanun Tanah tetapi pindaan tersebut dilihat sebagai tidak bersungguh-sungguh.

Bagi saya pindaan tersebut hanya setengah masak kerana hanya mengisytiharkan hak atas tanah tetapi hak dalam tanah tidak diisytiharkan.

“Pindaan ini juga telah mengehadkan besar luasnya kawasan yang dapat dituntut kepada 1,000 hektar tetapi mengikut adat tanah kita boleh tuntut lebih daripada 1,000 hektar.

“Kita sudah menang 3,000 hektar, 5,000 hektar dan 10,000 hektar tetapi nampaknya GPS tidak hormati adat kita orang asal dengan meminda Kanun Tanah dan memperketatkan undang-undangnya yang mana bagi saya adalah tidak betul,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Negeri Sarawak di sini malam tadi.

Sehubungan itu Baru yang juga Pengerusi Keadilan Sarawak berkata ada satu jalan untuk meminda balik Kanun Tanah tersebut menerusi platform politik.

“Saya percaya banyak lagi isu termasuk pelantikan ketua masyarakat yang masih belum kita capai di Sarawak.

“Justeru saya mahu ahli-ahli Keadilan meneruskan kegiatan dan meningkatkan aktiviti politik untuk hadapi pilihan raya negeri yang akan datang,” katanya.

Tambah Baru lagi, Keadilan Sarawak telah menghidupkan semula dua cabangnya di Tanjong Manis dan Igan sekali gus melengkapkan 31 cabang di seluruh Sarawak.

Ini katanya adalah satu petanda Keadilan dan PH amnya serius dalam hadapi pilihan raya negeri ke-12. – Utusan Borneo Online

Spread the news
DON’T MISS OUT!
Subscribe To Newsletter
Be the first to get latest updates and exclusive content straight to your email inbox.
Stay Updated
Give it a try, you can unsubscribe anytime.
close-link