BERMULA 22 Mac (esok), harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik sebanyak 2 sen. Begitu juga dengan bahan api diesel turut mengalami kenaikan sebanyak 2 sen. Kenaikan harga petrol dan diesel itu akan berkuat kuasa bermula jam 12:01 pagi ini, 22/03/2018 hingga 28/03/2018.
Ini bermakna harga RON95 naik kepada RM2.20 seliter daripada RM2.18, minggu lalu. Manakala harga RON97 pula naik semula kepada RM2.47 seliter berbanding RM2.45. Diesel juga mengalami kenaikan kepada RM2.18 daripada RM2.16 seliter.
SENARAI HARGA MINYAK [22/03/18 – 28/03/18]
RON95: RM2.20 (naik 2 sen)RON97: RM2.47 (naik 2 sen)Diesel: RM2.18 (naik 2 sen)