KUALA LUMPUR: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditahan jam 3.20 petang ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini.
Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 10.42 pagi tadi untuk memberi keterangan kali ketiga.
Difahamkan, Rosmah disoal siasat berhubung syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd dan pengubahan wang haram. – Berita Harian Online