Tiada jadual masa untuk hapus Akta Hasutan, kata Tun M 0 5771

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai jadual masa tertentu untuk memansuhkan Akta Hasutan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, terdapat banyak akta yang ingin dipinda dan dimansuhkan oleh PH dan oleh sebab itu ia mengambil masa untuk dilaksanakan dan perlu pula mematuhi perlembagaan negara.

“Kita tidak boleh tentukan lagi tempoh masanya dengan tepat. Kita mempunyai sejumlah undang-undang yang mahu dimansuhkan dan dipinda, jadi ia memakan masa.

“Hal ini kerana peguam negara perlu melihat semua undang-undang baru, dan terdapat undang-undang itu melibatkan perlembagaan persekutuan.

“Kita perlukan dua pertiga majoriti dan kita tidak ada lagi majoriti itu,” katanya sewaktu ditemui pemberita selepas majlis pelancaran buku bertajuk “Tun Ismail Ali – Paragon of Trust and Integrity” di Sasana Kijang, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, beliau tidak bersetuju sekiranya Akta Hasutan digunakan terhadap mana-mana individu, termasuk kes terbaru yang melibatkan adik seorang pemimpin Umno.

Polis baru-baru menggunakan akta tersebut untuk menahan Azman Noor Adam, adik ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam atas dakwaan menyiarkan imej yang menghina perdana menteri di media sosial.

Dr Mahathir berkata, secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah sekiranya terdapat pihak yang menggelarnya dengan pelbagai gelaran tidak enak.

“Akta Hasutan masih ada lagi, untuk memansuhkannya memakan masa, ia perlu dibawa ke Parlimen. Jadi pada masa ni, mereka (pihak berkuasa) boleh terus menggunakan undang-undang itu.

Tetapi saya tidak peduli berkaitan perkara ini, sesiapa yang mahu menggelar saya dengan pelbagai nama, dipersilakan” katanya.

Sebelum pilihan raya umum ke-14 Mei lepas, PH berjanji akan memansuhkan Akta Hasutan, Akta Majlis Keselamatan Negara dan Akta Anti-berita Tidak Benar sekiranya memenangi pilihan raya itu. – Free Malaysia Today

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news