Tiada kompromi larangan rokok di tempat makan – menteri 0 5754

Kementerian kesihatan tidak akan berkompromi dengan desakan mana-mana pihak yang membantah larangan merokok di semua restoran dan premis makanan.

Menurut menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad tugas kementerian adalah memastikan tempat makan yang selamat kepada semua pihak yang terdedah kepada risiko menjadi perokok pasif.

“Saya sangat memahami apa yang mereka nyatakan, tapi pendirian kami adalah mendahulukan kepentingan awam dan tidak berkompromi dalam perkara ini.

“Perkara itu (larangan merokok) sudah muktamad dan kami akan bertegas dalam hal ini.

“Kepada perokok boleh cari tempat lain, tempat makan adalah tempat untuk semua menikmati makanan,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas bantahan oleh pengusaha restoran terhadap larangan itu dengan menganggapnya sebagai melucut hak mereka selaku pemilik perniagaan untuk membuat keputusan.

Namun ada juga pengusaha yang menerima larangan itu dengan syarat kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran dengan membenarkan pengusaha restoran mewujudkan ruang khas merokok untuk pelanggan mereka.

Larangan merokok di semua restoran dan premis makanan akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2019, termasuklah di warung-warung makanan di tepi jalan. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news