Tiga beranak nyaris maut kemalangan di Sri Aman 0 6925

SRI AMAN: Tiga beranak nyaris maut apabila kenderaan jenis Produa Myvi yang dinaiki mereka berlangar dengan sebuah Toyota Hilux di Persimpangan RH Gua Ming sekitar jam 7.50 malam tadi.

Menurut info dari pihak Bomba pemandu Produa Myvi iaitu Loan ak Suil, 50 tahun dikatakan tersepit ketika pihak bimba sampai ke lokasi kemalangan.

Susulan daripada insiden, pihak Bomba telah bertindak memotong kerangka Perodua Myvi dengan menggunakan peralatan Hydrolic cutter bagi mengeluarkan mangsa.

Manakala dua lagi mangsa yang dikenali sebagai Josephine Bannie ak Henry Skan dan Lulyanne Diah ak Loan dilaporkan hanya memgalami cedera ringan

Setakat ini kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya. -Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13961

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13126

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news