DAP tidak teragak-agak tinggalkan PH jika Malaysia Baharu diketepikan – Kit Siang 0 6327

KUALA LUMPUR: DAP tidak akan teragak-agak meninggalkan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) hari ini jika usaha mencapai tujuan Malaysia Baharu diketepikan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata pemimpin-pemimpin DAP tidak akan menjadikan diri mereka sebagai MCA2 atau seperti pemimpin MCA yang hanya mewakili kaum Cina di Malaysia.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan akan memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baharu dan menyelamatkannya daripada kegagalan.

“Pemimpin DAP menjadi kerajaan kerana kita boleh memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baharu dan menyelamatkan Malaysia daripada membuat demokrasi olok-olok, kakistokrasi (pemerintahan paling teruk) dan kleptokrasi global.

“Pemimpin DAP, sama ada di dalam kerajaan atau di luar, tidak akan ragu-ragu meninggalkan kerajaan campuran jika tujuan Malaysia Baharu ditinggalkan.

“Pemimpin-pemimpin DAP tidak akan menjadi seperti pemimpin MCA,” katanya dalam satu kenyataan menerusi blognya hari ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, berbanding MCA, DAP mahu pemimpin dan ahlinya berpolitik untuk berkhidmat kepada negara dan bukannya untuk diri sendiri sama ada untuk kekayaan, mendapat hak milik atau kedudukan.

“DAP adalah parti berbilang kaum untuk kesejahteraan dan kebajikan semua kaum di Malaysia dan bukan mono-etnik (satu etnik) seperti dalam kes MCA.

“Kami mewakili semua rakyat Malaysia, sama ada Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli manakala MCA mewakili atau mendakwa untuk mewakili hanya orang Cina di Malaysia,” katanya.

Kit Siang mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas pandangan ahli perniagaan Clement Hii yang mendakwa beliau resah apabila masyarakat melihat DAP seperti sebuah lagi MCA jika tidak berusaha melaksanakan agenda perubahan. -Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13024

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12495

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news