Tiga parah ditetak dalam kes rompakan di stesen minyak 0 5712

MIRI: Dua pekerja wanita di sebuah stesen minyak di Senadin, dekat sini, mengalami cedera parah di bahagian belakang badan dan belakang belakang, selepas ditetak oleh seorang lelaki yang bersenjatakan sebilah parang panjang.

Turut cedera dalam kejadian tersebut ialah seorang awam, dipercayai ayah kepada seorang pekerja wanita terbabit, yang sedang menunggu anaknya habis bertugas.

Dalam kejadian yang berlaku jam 6.52 petang kelmarin berdasarkan catatan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua pekerja terbabit sedang duduk di kaunter pembayaran, apabila perompak masuk dan berdiri tidak jauh daripada kedua-dua mereka, sebelum mengeluarkan sebilah parang panjang lalu bertindak nekad menetak kedua-dua mangsa, yang dalam keadaan tidak bersedia.

Salah seorang mangsa berjaya berlari keluar dari stesen minyak berkenaan untuk mendapatkan ayahnya, sambil dikejar oleh perompak terbabit.

Di luar kaunter stesen berkenaan, suspek masih menyerang mangsa dan turut menetak ayah mangsa, yang mengenai bahagian mukanya.

Menurut sumber terdekat, perompak terbabit hanya memakai topi sahaja, sempat kembali semula ke dalam stesen minyak dan melarikan sejumlah wang dari kaunter mesin, namun belum dapat dipastikan jumlahnya,  Kedua-dua pekerja wanita terbabit, Nurul Balqis Hardi, 19 dan Robis William, 23 serta ayah Nurul, Hardi Mohd Muli, 48, dikejarkan ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan, sementara perompak berkenaan berjaya diberkas dengan bantuan orang awam, malam tadi, sebelum diserahkan kepada pihak polis. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15402

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news