Tiket belon balit’ Gawai dan Raya dibiayai kerajaan Sarawak 0 6830

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk membiayai kos tiket kapal terbang untuk pelajar Sarawak pergi dan balik bagi merayakan sambutan perayaan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri.

Ia diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Sarawak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Abang Johari berkata dianggarkan 10,000 pelajar Sarawak kini menyambung pengajian dalam pelbagai jurusan di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di luar Sarawak.

“Seperti mana yang saya janjikan dalam Lan Berambeh tahun lepas, saya akan memberikan bantuan berupa tiket kapal terbang untuk pergi dan balik bagi merayakan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Gawai dan Tahun Baru Cina.

“Tahun Baru Cina sebelum ini, kita telah memberikan bantuan kepada siswa dan siswi untuk pergi dan balik merayakan Tahun Baru Cina sebanyak RM300,” katanya.

Beliau pada masa yang sama turut mengumumkan bahawa setiap seorang diperuntukan sebanyak dua kali untuk dibiayai kos tiket kapal terbang.

“Setiap seorang diperuntukan sebanyak RM600 iaitu untuk dua kali. Kenapa dua? Ini kerana, kita di Sarawak ada yang kahwin campur. Mungkin ayahnya Dayak dan ibunya Melayu. Jadi dia merayakan Gawai dan juga merayakan Hari Raya Aidilfitri.

“Juga, mungkin ada ibunya Cina dan ayahnya Melayu. Jadi, kita berikan, dia RM300 untuk pergi dan balik untuk meraikan Tahun Baru Cina dan RM300 lagi untuk dia pergi dan balik meraikan Hari Raya Aidilfitri,” jelasnya.

Sehubungan itu, Abang Johari menggesa pelajar-pelajar yang masih belum membuat tempahan tiket kapal terbang untuk balik merayakan Gawai dan Hari Raya Aidilfitri untuk membuat tempahan segera.

“Bagi mereka yang masih belum membuat tempahan tiket kapal terbang untuk balik merayakan Gawai dan Hari Raya Aidilfitri, tempahlah sekarang.

“Beri resit tempahan itu kepada Sarawak Volunteer dan Yayasan Sarawak dan kita akan bayar kepada anda. Pada tahun ini kita dapat membiayai kos penerbangan pelajar-pelajar Sarawak disebabkan ekonomi negeri kita baik, kita hidup bersatu, kita selesa dan ekonomi kita tersusun,” ujarnya.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani serta ahli kabinet negeri yang lain. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13952

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news