Tolak pindaan Perlembagaan Persekutuan tak buat Sarawak rugi – Soo 0 5926

KUCHING: Sarawak tidak kehilangan apa-apa mahupun satu sen apabila menolak pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan, tegas Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Lina Soo.

Dengan menolak pindaan itu katanya, Sarawak tidak mengalami kerugian ekonomi sebaliknya meneguhkan identiti, kebanggaan dan kedaulatan Sarawak.

“Lagipun, walaupun kita meminta ikan dan kita diberi ikan bau busuk, ini tidak bermakna kita mesti makan ikan toksik. Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah suci dan tidak hilang, pelantar benua kita tidak akan hilang dan Sarawak akan sentiasa pemilik sepenuhnya hak-hak ekonomi ke atas minyak dan gas kita.

“Hak Sarawak sentiasa kekal, apa yang kita perlu ialah kerajaan dengan keinginan politik untuk menguatkuasa hak-hak kita. Bukannya mengitar semula Perkara 1 (2) yang menghancurkan status negara kita,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Soo turut menangkis dakwaan Penasihat Negeri Sabah Zainal Ajamain bahawa berbilion-bilion ringgit apabila Sarawak menolak pindaan RUU tersebut.

Beliau turut mencabar Ajamain memberikan definisi rakan setara dengan Malaya. Adakah ia bermakna satu pertiga daripada 222 kerusi parlimen, satu pertiga daripada bajet tahunan negara dan Sarawak dan Sabah akan mendapat Perdana Menteri juga?

Atau soal Soo, ia adalah bermakna Sabah dan Sarawak akan mendapat dua belas tiga belas daripada 222 kerusi, sebagai negeri-negeri sejajar dengan 11 negeri Malaya?.

“Ia adalah bodoh untuk memikirkan bahawa kali ini, janji berbilion-bilion akan menjadi kenyataan hanya dengan membuat satu pindaan.

“Jika Sarawak mempunyai keinginan politik, kita tidak mahu bercakap mengenai bilion, tetapi kita mahu hak esklusif kita dikuat kuasakan ke atas tanah kita sendiri akan menuai kekayaan sehingga trillion, katanya.

Tambah Soo, apabila wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) meminta sokongan ahli parlimen Sarawak, mereka tidak pernah mendedahkan bagaimana pindaan tersebut kelihatan.

Tindakan terdesak mereka seolah meminta cek kosong untuk mereka tandatangani, katanya lagi.

“Apabila pindaan didedahkan pada saat akhir, ia adalah salah kerana huraian Negeri-negeri Malaya dan Negara-negara Borneo seperti dalam MA63 telah hilang.

“Apabila mereka menulisnya semula, versi Inggeris adalah betul, kedua-dua huraian ini ada tetapi terjemahan dalam Bahasa Malaysia adalah salah Borneo States menjadi Negeri-Negeri Borneo,” katanya.

Jika Sarawak setuju adalah negeri maka Sarawak disamakan dengan negeri seperti Perlis katanya sambil menambah jika berlaku, maka Sarawak akan terperangkap dalam satus negeri dan bukan negara.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam temu bual pada Oktober 2018 mengakui bahawa Sabah dan Sarawak adalah dua negara, katanya lagi.

Pindaan 1976 adalah tidak berperlembagaan dan satu lagi pindaan palsu tidak akan menjadikannya betul. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13849

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13019

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news