Tolong turunkan harga rumah, kami tak mampu beli dengan harga tinggi sekarang 2 5998

Memiliki rumah sendiri merupakan impian setiap orang. Rumah bukan sekadar sebagai tempat berlindung daripada panas dan hujan, tetapi sebagai harga diri seseorang.  Di negara ini memiliki rumah merupakan satu daripada tanda kejayaan seseorang dalam kehidupan.

Tetapi kini memiliki rumah bukan mudah, malah menjadi igauan. Betapa tidak, bagi sebahagian orang, harga rumah sekarang benar-benar di luar jangkauan mereka. Ketika pendapatan masih rendah atau sederhana tinggi, harga rumah pula terlampau tinggi dan mahal. Maka, ia tidak mungkin dapati dimiliki sebahagian besar rakyat.

Di Kuching misalnya, pada 1982, harga rumah teres dua tingkat adalah sekitar RM60,000, manakala rumah banglo ialah RM160,000.

Kini rumah teres dua tingkat bandar ini sekurang-kurangnya berharga RM400,000 manakala rumah berkembar dua tingkat  berharga antara RM700,000 hingga RM1.5 juta. Pada akhir 90-an harga rumah berkembar dua tingkat berharga sekitar RM250,000.

Harga berkenaan bergantung kepada lokasi, saiz dan kualiti rumah yang dibina.

Berapa orangkah yang mampu membeli rumah dengan harga tinggi itu? Sedangkan rata-rata rakyat di negara ini memperoleh pendapat kurang daripada RM5,000 sebulan.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu laporan berkata, rumah di negara ini tidak mampu dibeli mengikut standard antarabangsa.

BNM menggariskan lima strategi untuk mengatasi isu ini, termasuk memusatkan inisiatif perumahan mampu milik dan menubuhkan pangkalan data perumahan bersepadu dan pendaftaran pemohon untuk merancang dan memperuntukkan rumah mampu milik.

Ia juga mencadangkan halangan kos kepada perumahan mampu milik dikurangkan, memulihkan lembaran imbangan isi rumah dengan meningkatkan celik kewangan selain meningkatkan pasaran sewaan dengan mengukuhkan rangka kerja perundangan.

Rumah merupakan aset penting. Meskipun ada menteri mengesyorkan generasi muda tidak perlu membeli rumah, sebaliknya hanya perlu menyewa, tetapi saya fikir itu bukannya saranan yang realistik atau pragmatik. Hakikatnya, jika diberi pilihan tidak ada orang yang mahu menyewa rumah sepanjang hidupnya.

Kerajaan perlu mempunyai keberanian dan iltizam politik untuk menangani isu ini dengan berkesan dan bersungguh-sungguh. Ini merupakakan isu utama rakyat. Rakyat merungut, mengapa rumah terlalu tinggi harganya.

Adakah kerana pemaju mengambil kesempatan dengan meletakkan harga pada paras yang begitu tinggi? Atau memang itulah harga yang sepatutnya? Betapa tidak, harga tanah telah melantun. Kos bahan binaan juga naik, manakala gaji buruh binaan juga sudah naik.

Tolong kurangkan harga rumah. Kebanyakan kami tidak mampu membeli rumah yang lebih daripada RM300,000.

Kalau tidak kerajaan tolong beri lot tanah kepada kami. Kami akan bina rumah di atas lot itu. Bukankah Sarawak mempunyai banyak tanah? Saiznya sering didakwa hampir sebesar Semenanjung? Ke mana perginya tanah itu semua? –Sarawakvoice 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

2 Comments

  1. perlu ada pihak yang membuat solusi atau alternatif. Buat kediaman kos rendah untuk didiami. bayar sewa bulanan dengan kadar mampu. mcm rumah panjang yg ada suro, tandas, dll.

    Konsep rumah panjang sesuai utk zaman tok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news