Tuai rumah, penghulu tolak pelaksanaan MPKK 0 6334

KANOWIT: Kira-kira 22 tuai rumah dari kawasan Jih, Pedai, Tuah dan Bawan termasuk tiga penghulu dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah menolak pelaksanaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Penghulu Barnabas Angkis yang mengetuai tuai-tuai rumah terbabit berkata, MPKK yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) boleh memecahbelahkan penduduk rumah panjang.

“Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sedia ada terbukti sangat baik, masih relevan dan amat berkesan menyampaikan maklumat dan memantau projek-projek kampung, menjalankan aktiviti serta menyelesaikan permasalahan dan menjaga kebajikan penduduk.

“Kami menolak kerana MPKK bukan hanya ada unsur politik dan boleh menggugat keamanan serta perpaduan namun memberi kesan terhadap kelestarian adat pelantikan sebelum ini.

“Sekiranya PH benar-benar ikhlas mahu menyalurkan peruntukan, mereka boleh menggunakan saluran sedia ada melalui JKKK dan tidak perlu menubuhkan MPKK,” katanya pada sesi bersama tuai-tuai rumah kawasan Jih, Pedai, Tuah dan Bawan di Rumah Adrian Luang, Bukit Temedak, Sedaya di sini kelmarin.

Barnabas memberitahu, banyak keburukan dan risiko berlaku sekiranya pelaksanaan MPKK terus dilaksanakan di rumah-rumah panjang di negeri ini.

“Walaupun pemimpin mereka kata MPKK bagus dan menyalurkan peruntukan tetapi ia menggugat JKKK.

“Di situ ia mempunyai pengerusi baharu (MPKK) dan JKKK mempunyai pengerusi sedia ada macam mana? Sudah tentu wujud dua ketua. Maka berpecahlah rumah panjang itu,” tegasnya.

Beliau berkata, PH seharusnya memfokuskan terhadap manifesto dijanjikan mereka dahulu dan tunaikannya daripada cuba memecahbelahkan penduduk di rumah panjang.

“Agenda PH tidak baik, selalu menggugat keharmonian rakyat Sarawak yang sudah lama terjalin. Walaupun mulut mereka manis, hati mereka ada agenda tersebunyi untuk kepentingan politik dalam usaha menawan Sarawak.

“Cuba lihat apa PH sudah buat sekarang mentadbir negara apatah lagi jika mereka mentadbir negeri ini,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan penduduk di luar bandar khususnya rumah panjang agar tidak mempercayai janji-janji manis PH hanya mahu memecahbelahkan rakyat Sarawak.

“Kita harus menegakkan serta mendukung dan menyokong parti anak Sarawak sendiri iaitu Parti Gabungan Sarawak (GPS). Tiada parti lain selain GPS.

“GPS diterajui Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sudah membuat yang terbaik kepada Sarawak dan kita harus berdiri teguh mempertahankan GPS dan memastikannya terus mentadbir negeri ini,” katanya.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12928

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12216

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news