‘Tuhan beri saya peluang bertaubat’ -Datuk Awie 0 6746

KUALA LUMPUR: Vokalis Wings, Datuk Awie yang menderita sakit misteri menyifatkan ia sebagai ujian yang mendekatkan lagi dirinya kepada Allah SWT.

Awie atau nama penuhnya, Ahmad Azhar Othman, 55, juga terharu apabila ramai yang tampil membantu untuk melihatnya kembali sembuh.

Lebih membuatnya tersentuh apabila penduduk di kawasan kejiranannya turut menganjurkan solat hajat untuk mendoakan kesejahteraannya, baru-baru ini.

“Sebelum jatuh sakit, saya mula berjinak-jinak menyertai aktiviti keagamaan di surau berdekatan kawasan kediaman.

“Alhamdulillah, geng baharu ini banyak membantu ketika saya dalam kesusahan. Mereka langsung tidak berkira, malah turut membantu mencari pakar dalam ilmu perubatan alternatif untuk merawat saya,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Awie terlantar hampir seminggu di sebuah pusat perubatan di ibu negara selepas mengalami kesukaran bernafas.

Penyanyi itu turut mengadu sakit perut, selain bahagian belakangnya pula terasa dicucuk dengan benda tajam yang membara.

“Saya anggap sakit ini sebagai peringatan daripada Allah untuk menguji kekuatan iman. Jika ditakdirkan nyawa saya diambil, saya reda dan bersyukur kerana diberi Allah peluang untuk bertaubat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Awie berkata, dia baru menjalani sesi rawatan alternatif sebagai usaha untuk merawat sakitnya itu.

“Sudah hampir tiga tahun saya menderita. Sekejap baik, namun tidak lama selepas itu, sakit itu kembali menyerang.

“Namun, saya percaya dengan kuasa Allah, selain mengikut nasihat ustaz supaya terus berdoa dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa,” katanya.

Ditanya mengenai aktiviti seninya, Awie berkata, dia masih menerima tawaran persembahan, namun perlu memberi keutamaan kepada undangan yang sudah dipersetujui.

“Saya tetap cuba penuhi undangan nyanyian kerana ia sebahagian daripada punca pendapatan utama untuk menyara keluarga,” katanya.

Terdahulu, pada 2012, Awie pernah memaklumkan dirinya mengalami sakit misteri hingga terpaksa mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan alternatif di Perak. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13925

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13084

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news