Tujuh rumah setinggan musnah terbakar di Bintulu 0 7692

BINTULU: Seramai 18 individu dari tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di petempatan setinggan Kampung Pisang, di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri, musnah dalam kebakaran, sekitar 6.40 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Mohamad Meramit ketika dihubungi berkata, seramai 13 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian susulan menerima maklumat berhubung insiden berkenaan.

“Sejurus sampai, pihak kita mendapati apisedang marak memusnahkan kesemua tujuh unit pintu rumah yang dibina berhampiran antara satu sama lain itu,” ujarnya.

Katanya, pihak bomba terpaksa menggunakan bekalan air dari tangki bomba bagi memadam kebakaran disebabkan kawasan terbabit tidak memiliki pili bomba serta tiada sumber air terbuka.

“Pihak kita terpaksa menarik 20 gulung hos bagi melakukan semburan ke kawasan musibah kerana jentera bomba tidak dapat melalui jalan yang sempit danbecak akibat hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan,” ujarnya.

Pihak bomba katanya, mengambil masa hampir satu jam bagi mengawal kebakaran sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya sekitar pukul 7.15 malam.

Difahamkan, seorang wanita turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu dan dibawa oleh ahli keluarganya ke Hospital Bintulu bagi menerima rawatan lanjut.

Beliau menambah, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui anggaran kerugian punca sebenar kebakaran itu.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news