Tukang cat ditangkap kerana disyaki mengedar dadah di Jalan Stakan 0 6607

KUCHING: Dua orang tukang cat berdepan hukuman mati jika didapati bersalah kerana mengedar dadah selepas didapati memiliki kira-kira sekilogram dadah jenis Syabu dianggarkan bernilai mencecah RM150,450.00

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Superintenden Sahar Abd Latif berkata kedua-dua suspek ditangkap dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Stakan, Kota Sentosa pada pukul 12.30 tengah hari pada Selasa.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai satu beg plastik yang mengandungi satu bungkusan berisi ketulan kristal disyaki syabu,” katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua lelaki yang berusia 39 dan 58 tahun itu kemudian ditahan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Ujian saringan awal air kencing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya lagi.

Sementara itu, tujuh individu termasuk sepasang suami isteri turut ditahan dalam satu serbuan berasingan di sebuah rumah di Kampung Sadong Jaya Laut sekitar jam 1.45 petang hari yang sama.

“Kesemua mereka ditahan kerana disyaki terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Pemeriksaan lanjut turut menemui tujuh paket plastik lutsinar dan 26 keratan tiub straw berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM850,” kata Sahar.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 47 tahun itu direman selama empat hari di bawah Seksyen 39(A) ADB 1952.

Terdahulunya pada hari yang sama iaitu sekitar pukul 6:00 pagi, pasukan operasi turut menahan dua lelaki berusia 23 dan 24 tahun di sebuah rumah di Kampung Semera Hilir, Sadong Jaya.

Menurut Sahar, kedua-dua suspek ditahan susulan penemuan 39 keratan tiub straw mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu.

“Kedua-dua suspek turut positif dadah jenis Amphetamine/Methamphetamine,” katanya yang turut memberitahu kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news