KUCHING: Seorang tukang kebun sekolah dijatuhkan hukuman penjara 80 tahun dengan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) dan melakukan eksploitasi seks terhadap mangsa dan rakannya.
Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Motis Juwel, 56, yang mengaku bersalah terhadap semua tuduhan.
Dia dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan setiap empat tuduhan merogol mangsa yang kini berusia 14 tahun.
Bagi dua tuduhan lain kerana memaksa mangsa dan rakannya melakukan perbuatan seksual, dia dikenakan penjara 10 tahun dan tiga sebatan setiap tuduhan.
Hukuman dilaksanakan bermula hari ini.Dia melakukan kesalahan itu di sebuh bilik kelas di sebuah sekolah rendah di Bau pada Januari, Februari dan awal bulan ini selain kesalahan dilakukan pada Mei 2016.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash. -Utusan Borneo Online