KUCHING: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan datang ke Kuching ahad ini. Ini adalah kedatangan pertama Tun M selepas bergelar Perdana Menteri
Menurut info kedatangan Tun M adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan cucu bekas menteri iaitu Tan Sri Leo Moggie Irok di Santubong.
Selain daripada menghadiri majlis perkahwinan tersebut, Tun M juga difahamkan akan membuat perjumpaan dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari.
Setakat ini sebab kedatangan Tun M berjumpa dengan CM Abang Jo masih lagi tidak diketahui.