Tunjukan Rasa Sayang – Dato Idris Buang 0 6238

SUARA SARAWAK: Apa makna
sambutan Hari Malaysia yang
diraikan untuk peringkat
kebangsaan di Sarawak pada
tahun ini bagi Datuk?

IDRIS BUANG: Hari Malaysia
pada 16 September ialah satu
tarikh penting apabila Malaysia
ditubuhkan bersama-sama Malaya,
Sarawak, Sabah dan Singapura.
Hari Malaysia menandakan kita
dapat berdiri dan duduk sama
tinggi dengan mana-mana war-
ganegara Malaysia.

Tanggal 16
September 1963 merupakan satu
titik permulaan ke arah moden-
isasi buat Sarawak selaku tanah
merdeka.

Bagi Sarawak, makna sambu-
tan Hari Malaysia adalah men-
untut dan mengembalikan hak
Sarawak yang termaktub dalam
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
MA63 dituntut oleh mantan Ketua
Menteri, Pehin Seri Adenan Satem,
dan diteruskan oleh Datuk Patinggi
Abang Johari Tun Openg.

Pada Hari Malaysia ini, kita harus men-
unjukkan rasa sayang kepada
Malaysia, sayang kita kepada
Sarawak dan pada MA63.
Bagaimana pandangan Datuk
mengenai Sarawak sebagai
model perpaduan?

Sarawak terkenal dengan
masyarakat majmuk yang terdi-
ri daripada pelbagai kaum dan
agama yang menghormati antara
satu sama lain. Keluarga besar
saya terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama. Kami saling
Tunjukkan rasa sayang
menghormati.

Perpaduan dan kepelbaga-
ian budaya, bangsa dan agama
di Sarawak amat sesuai dijadikan
sebagai model perpaduan ber-
banding konsep di Semenanjung
yang tidak relevan di Sarawak.
Sebagai contoh, kempen men-
gutamakan produk Muslim (BMF) di
Semenanjung amat tidak sesuai di
Sarawak kerana hak pembeli untuk
membeli barang mengikut cita rasa,
piawaian dan hukum-hakam pem-
beli.

Memboikot atas dasar poli-
tik atau untuk menjatuhkan satu-
satu pihak adalah salah. Selain
itu, hal-hal lain yang menekankan
satu ras sahaja amat tidak ber-
s e s u a i a n dengan budaya
yang harmoni di
Sarawak.

Bagaimana pula pandangan
Datuk mengenai Perjanjian
Malaysia 1963?
MA63 harus diperjuangkan
sebaik mungkin dalam konteks
Sarawak dan hak Sarawak. Selagi
ada hak Sarawak tidak dipenuhi
dengan betul harus diperbetulkan.
Misalnya, tuntutan royalti minyak,
kita menerima lima peratus dari-
pada hasil keluaran minyak dan
gas atau RM33 bilion sejak 1974
dan RM660 bilion telah diambil oleh
Petronas sehingga kini.

Ini menunjukkan ketidakseim-
bangan atau tidak setimpal dengan
kedudukan kita sebagai tuan punya
tanah serta minyak dan gas. Kita
harus menuntut lebih daripada itu
kerana Sarawak perlukan penda-
patan untuk membangunkan negeri
setaraf Kuala Lumpur.
Kita banyak ketinggalan dan
selama ini kewangan kita disekat.
Kita juga menuntut mengikut
roh MA63, penyemakan semula
kewangan daripada Kerajaan
Persekutuan yang tidak pernah
dinaikkan sejak sekian lama, saya
anggarkan secara kasar RM7
hingga RM8 bilion tidak diberikan.

Begitu juga dengan duti setem
yang perlu dituntut oleh Sarawak.
Kita perlu mendapatkan kepas-
tian mengenai projek infrastruktur
seperti jambatan yang tergantung
dan dibatalkan oleh Kerajaan
Persekutuan yang sepatutnya
ditanggung oleh mereka. Rakyat
Sarawak dan Kerajaan Sarawak
harus tegas dalam memperjuang-
kan haknya.

Kita mahukan autonomi dalam
menguruskan minyak dan gas,
mengendalikan pelabuhan dan
menguruskan sekolah-sekolah
daif di Sarawak. Semua cukai
dan pendapatan yang dikutip
oleh Kerajaan Persekutuan harus
dibayar semula kepada Sarawak.
Sekurang-kurang 50 pera-
tus hasil cukai dan pendapatan
dikembalikan daripada hasil cukai
yang dikutip daripada Sarawak.
Oleh itu, seluruh rakyat tidak kira
di luar bandar ataupun di bandar
harus sedar akan kepentingan
menuntut semula hak Sarawak.

Makna Hari Malaysia kepada
para pejuang kemerdekaan?
Hari Malaysia harus dirai-
kan bersama-sama pejuang
kemerdekaan yang terdiri dari-
pada kalangan anggota polis,
tentera dan badan-badan kese-
lamatan. Tanpa mereka, kita tidak
akan dapat hidup dalam aman
damai.

Ada dalam kalangan
mereka yang terkorban dan ada
juga kehilangan anggota badan,
malah ada juga dalam kalangan
mereka serta ahli keluarga men-
derita.

Diharap Kerajaan Sarawak
dapat mendekati mereka atau
waris mereka agar jasa mereka
dapat dikenang. Saya juga ber-
harap Kerajaan Sarawak dapat
memberi sumbangan dari segi
kewangan untuk keselesaan
mereka. Anggota keselamatan
juga sedar bahawa tanpa Hari
Malaysia dan keamanan, kita
akan menjadi negara yang gagal.

Oleh itu, saya amat berterima
kasih atas perjuangan dan pen-
gorbanan mereka.
Harapan Datuk sebagai rakyat
Malaysia dari segi hala tuju dan
masa depan Malaysia.

Harapan saya ialah sesiapa
sahaja yang memegang tam-
puk pemerintahan di Putrajaya
supaya menghormati hak
Sarawak dalam Perlembagaan
Malaysia dan MA63 serta mem-
beri Sarawak haknya dengan adil
dan penuh bertanggungjawab.

Kita tidak mahu kuasa yang ada
pada Kerajaan Persekutuan tidak
digunakkan dengan adil, kita tidak
mahu ditindas, dibuli dan dijanji-
kan dengan janji-janji kosong.
Keamanan, kekuatan dan
kelestarian Malaysia sebagai
Persekutuan yang bermakna
hanya dapat dipupuk dengan
semangat hormat-menghormati.
Persefahaman dan kebertang-
gungjawaban yang benar-benar
ikhlas dengan menegakkan roh
Malaysia mengikut Perjanjian
MA63 dan Perlembagaan
Malaysia perlu dipupuk dan dipertahankan

Sumber: Suara Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news