‘Makmal’ proses ubat diserbu 0 5971

KUCHING: Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah rumah yang dijadikan ‘makmal’ memproses ubat-ubatan disyaki tiruan yang dipercayai diseludup dari China di Jalan Stutong-Stampin Baru di sini, kelmarin.

Pegawai Pemerintahnya Superintenden Rosdi Inai berkata, pasukannya yang diketuai ASP Mohd Mazlan turut menemui pelbagai jenis ubat dianggarkan bernilai RM957,812 disyaki tiruan dalam serbuan Ops Libas itu.

Menurutnya, pasukan serbuan dalam operasi sekitar jam 4 petang itu kemudian merampas ubat-ubatan tersebut untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan ke atas rumah berkenaan telah menjumpai barang untuk memproses ubat-ubatan yang disimpan dan dipercayai tiada kelulusan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Pemeriksaan lanjut juga membawa kepada penemuan ubat-ubatan disyaki tiruan yang dipercayai diseludup dari negara China.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, barangan ini dipercayai diproses di premis tersebut dan ia akan dipasarkan di pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambahnya, seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun dipercayai penjaga premis tersebut turut ditahan.

Tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan lanjut.

“Selain itu, ubat-ubatan yang dirampas diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk siasatan lanjut mengikut Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952,” katanya.

Turut sama dalam operasi tersebut ialah empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan lima pegawai KKM.

“Saya nasihatkan orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan sebarang bentuk penjualan ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak KKM walaupun harga yang ditawarkan jauh lebih rendah.

“Saya juga menyeru supaya masyarakat sentiasa memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa khususnya PDRM dalam menangani jenayah,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12982

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12362

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news