TV analog kepada digital rapat jurang digital 0 5900

KUCHING: Peralihan sia-ran televisyen (TV) terestrial analog kepada siaran Digital myFeeview hari ini (31 Oktober) di seluruh negara dijangka membantu merapatkan jurang digital di Sarawak bagi memboleh-kan rakyatnya sama ada di bandar atau luar bandar mengakses kepada pelbagai maklumat.

Naib Presiden Bahagian Kawal Selia MyTV Shamsul Najib Mohtar dalam temu bual eksklusif (menerusi e-mel) bersama Utusan Borneo berkata siaran Digital myFeeview turut memberi kelebihan kepada penyedia kandungan dalam menyedia-kan platform standard yang lebih besar untuk kandungan mereka lebih tinggi di seluruh negara dan Sarawak tidak terkecuali.

“Peralihan TV analog kepada digital membolehkan perolehan dividen digital yang boleh digunaan untuk perkhidmatan jalur lepas berkelajuan tinggi, termasuk teknologi 5G yang memberi impak positif kepada ekonomi,” katanya.

Beliau berkata peralihan TV Analog kepada TV digital akan memberi manfaat kepada penduduk luar bandar kerana ia tidak bergantung kepada kadar capaian Internet sebaliknya menggunakan platform TV digital MyFreeview yang disampaikan kepada penonton melalui kaedah terestrial (liputan mencapai 95 peratus penduduk).

Manakala bagi yang tidak berada di kawasan liputan terrestrial tetap, katanya boleh menerima siaran MyFreeview melalui kaedah satelit iaitu langsung ke rumah atau Direct to Home (DTH).

Menurutnya, program per-alihan yang dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara bermula 21 Julai 2019 dengan fasa terakhir di Sabah dan Sarawak pada 31 Oktober 2019 merupakan sebahagian daripada matlamat kerajaan untuk menaik taraf sistem penyiaran negara.

Beliau berkata teknologi Televisyen Terestrial Digital (DTT) menggunakan jumlah frekuensi yang jauh lebih rendah berbanding penyiaran TV Analog.

“Hanya satu saluran TV Analog dapat disiarkan me-lalui satu jalur frekuensi tetapi TV digital boleh menyiarkan sehingga 13 saluran TV berdefinisi standard melalui jalur frekuensi sama.

“Pengoptimuman penggunaan frekuensi ini membolehkan perolehan digi-tal yang boleh digunakan bagi perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, termasuk teknologi 5G,” jelasnya.

Shamsul berkata antara kelebihan TV Digital berbanding TV analog ialah penonton boleh menikmati program TV dengan imej lebih tajam dan jelas selain resolusi serta bunyi berkualiti tinggi secara percuma tanpa bayaran bulanan.

Selain itu, myFreeview memberi akses kepada Panduan Program Elektronik (EPG) dan memberi pengalaman menonton TV berkualiti definisi tinggi (HD).

“Pada masa akan datang penonton boleh mendapat-kan akses kepada perkhidmatan TV interaktif seperti membeli-belah dalam talian dari rumah, menonton video atas permintaan (video on demand) menggunakan sambungan talian Internet serta merakam program TV.

“Tambahan pula lebih banyak saluran TV percuma yang akan disediakan di myFreeview dengan kandungan menarik untuk tontonan rakyat pada masa akan datang,” katanya.

Shamsul berkata jika pengguna masih enggan atau belum beralih kepada TV digital selepas 31 Oktober 2019, mereka tidak lagi dapat menerima siaran TV Analog kerana siaran itu telah ditutup melainkan mereka telah melanggan siaran berbayar lain sebagai alternatif.

Beliau berkata ketika ini penerima Set Dekoder Percuma dipilih daripada golongan disenaraikan dalam senarai B40 sehingga Mac 2016 dan ia tidak boleh dipinda.

“Saya menyarankan anda menyemak kelayakan me-nerusi laman web MyTV, www.mytvbroadcasting.my atau www.myfreeview.tv. Anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MyTV di talian 1800-18 -1088.

“Manakala mereka yang bukan dalam kategori B40 tetapi memilih untuk beralih kepada TV Digital ini, boleh mendapatkan dekoder DVB-T2. Terdapat pelbagai pilihan untuk membeli dekoder, dari laman sesawang www.myfreeview.tv atau dari mana-mana kedai elektrik berhampiran.

“Pastikan peranti yang dibeli telah mendapat kelulusan SIRIM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Untuk siaran lebih baik, pengguna-an aerial UHF luaran amat digalakkan,” jelasnya.

MyFreeview ketika ini bersiaran dengan 14 saluran TV dengan enam daripadanya dalam format HD dan enam saluran radio dan jumlah saluran dijangka bertambah pada masa akan datang.

Antara rangkaian yang dapat ditonton melalui myFreeview ialah RTM, TV3, 8TV, TV Al-Hijrah dan CJ WOW Shop.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobing Sigh Deo sebelum ini dilaporkan media sebagai berkata siaran TV Analog di Malaysia akan ditutup sepenuhnya pada 2020, siaran TV Digital mengambil alih industri penyiaran negara. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news