Usah politikkan projek LRT: Abang Johari 0 6226

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata projek Aliran Transit Ringan (LRT) di negeri ini tidak seharusnya dipolitikkan.

Beliau berkata ini kerana tujuan utama pembinaanya adalah untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat khususnya yang sering terperangkap dalam kesesakan jalan raya teruk.

Justeru ujarnya, kerajaan negeri akan mempertimbang melaksanakan projek Aliran Transit Ringan (LRT) dan sebagai permulaan untuk laluan Kota Samarahan-Kuching bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang serius di situ.

Beliau berkata ia berikutan permintaan orang ramai yang tinggal di Kota Samarahan agar projek LRT bagi laluan Kota Samarahan-Kuching diteruskan.

Menurutnya, penduduk di Kota Samarahan terpaksa berdepan kesesakan jalan raya yang teruk setiap hari seawal pukul 5 pagi dan pembinaan LRT laluan Kota Samarahan-Kuching dipercayai dapat mengatasi masalah itu.

“Saya hendak membuat LRT tetapi ada orang tidak mahu, dia kata membazir wang, jadi saya tangguh dahulu projek ini.Saya tidak mahu membuat LRT buat masa ini kerana ia terlalu dipolitikkan.

“Tetapi hari ini, orang Samarahan mahukan LRT, dia orang cakap ‘buat LRT, lebih baik (buat) awal daripada tidak dibuat langsung. Jadi akan akan melihat semula dan mempertimbangkannya asalkan ia tidak dipolitikkan,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Stampin, Kuching, di sini hari ini.

Pada September lalu, Abang Johari pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata projek LRT ditangguh buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada projek pembangunan luar bandar.

“Saya tidak menafikan projek LRT ditangguh, cuma peruntukan yang seda ada disalurkan untuk pembangunan luar bandar dahulu. Apabila semua projek luarbandar dilaksanakan sepenuhnya, kerajaan negeri akan meneruskan projek LRT seperti dirancang sebelum ini,” katanya.

Projek yang dirancang sebelum ini bakal menghubungkan bahagian Kuching, Samarahan dan Serian bagi menambah baik sistem pengangkutan awam di samping mengatasi kesesakan trafik di ketiga-tiga bahagian tersebut.

Projek berkenaan yang pada asalnya dijadual mula dilaksanakan pada awal tahun hadapan, dianggarkan menelan kosRM11 bilion melibatkan pembinaan tiga laluan sepanjang 154.2 kilometer. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12963

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12242

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news