Kuching: Telah berlaku satu kekecohan di Tabuan tranquility sekitar jam 10 malam tadi melibatkan penduduk Muara Tabuan dan pihak rukun tetangga di kawasan perumahan berkenaan.
Menurut info kekecohan berlaku disebabkan penduduk yang tinggal di Muara Tabuan tidak berpuas hati susulan jalan tersebut telah ditutup menggunakan palang oleh pihak rukun tetangga di kawasan perumahan berkenaan.
Difahamkan juga kehadiran penduduk bersama orang awam di Jalan berkenaan adalah untuk membuka palang penghadang yang menutup jalan berkenaan.
Susulan daripada insiden kekecohan tersebut pihak Polis telah dihubungi bagi mengawal keaadaan. Setakat ini difahamkan palang penghadang berkenaan telah pun dibuka oleh penduduk Muara Tabuan – Kamek Miak Sarawak