Wanita ditemui mati di dalam kereta di Padungan 0 7128

KUCHING: Seorang wanita disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam keretanya di Jalan Padungan di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa dikenali sebagai Alice Ong berusia 48 tahun itu terdahulunya dikatakan terlibat dalam kemalangan jalan raya iaitu sekitar jam 5 petang.

“Bagaimanapun dia tidak keluar dari dalam kereta sehingga menyebabkan orang awam yang menyedari kemalangan tersebut segera memeriksanya ke dalam kereta dan mendapati dia tidak sedarkan diri.

“Mereka kemudian terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Difahamkan mangsa disahkan meninggal dunia selepas diperiksa oleh anggota paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang turut hadir di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis yang kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk tindakan selanjutnya.

Sumber selain itu turut memberitahu mangsa yang bekerja di sebuah syarikat berdekatan tempat kejadian juga mengalami masalah kesihatan.

Beberapa ahli keluarga mangsa turut dilihat hadir di lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai perkara tersebut.- Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13021

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12492

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news