Wanita ditemukan meninggal di bilik sewa di Bintulu 0 6707

BINTULU: Seorang wanita ditemukan mati dalam bilik sewanya di tingkat dua Taman Sri Dagang berhadapan Terminal Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan seorang wanita tempatan tidak sedarkan diri sekitar pukul 7.32 malam.

Menurut beliau wanita berusia 40-an itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di tempat kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Tambah Zulkipli, mangsa dan suaminya menyewa bilik di tempat tersebut -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13126

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12500

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news