Mukah: Seorang wanita maut apabila kereta dipandu terbabas ke dalam gaung sedalam 5 meter di Kilometer 55, Jalan Mukah-Selangau, 2 petang tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau mangsa yang maut dikenali sebagai Nuli Sulang, 27, dari Rh Juti, Sg Bawan Balingian.
Kereta yang dipandu mangsa menuju ke arah Mukah telah hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung.
Mangsa tercampak keluar dari kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya, berusia 9 tahun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1)(a) Akta Pergangkutan Jalan 1987.