Waran tangkap ke atas Ting Pek Khiing kerana gagal hadir perbicaraan 0 5890

Pemaju hartanah, Tan Sri Ting Pek Khiing mengesahkan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lapor akhbar The Borneo Post.

“Ya, polis akan tangkap saya,” katanya, sambil menambah bahawa beliau akan mengadakan satu sidang akhbar hari ini.

The Edge Financial Daily pula melaporkan bahawa waran tangkap ke atas Ting itu susulan kegagalannya hadir di mahkamah untuk perbicaraan siasatan awam semalam.

Mahkamah mengarahkan Ting untuk menghadiri siasatan awam yang mana beliau akan disoal-periksa oleh pemiutang, ketua pengarah insolvensi (DGI) dan pendaftar mahkamah berhubung cadangan projeknya di Langkawi.

“Ting tidak hadir dan mahkamah mengeluarkan waran tangkap untuk memastikan dia hadir di mahkamah pada 29 Jun,” kata sumber itu.

Waran tangkap yang dikeluarkan mengikut Seksyen 28 Akta Insolvensi 1967, mengarahkan polis untuk menahan Ting dan membawanya ke mahkamah pada 29 Jun, tambah sumber itu.

Terdahulu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap isteri Ting, Wong Sui Chuo pada 18 Mei atas alasan yang sama. Pasangan itu berdepan kes mahkamah berhubung kebankrapan.

Antara pemiutangnya, termasuk Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Investment Bank Bhd, Alliance Merchant Bank Bhd, Insas Credit & Leasing Sdn Bhd, Hu Chang Pee @ Hii Chang Pee, Asia Special Asset Management Bhd, Multi Purpose Bank Bhd dan Interhill Enterprise Sdn Bhd. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news