BINTULU: Seorang lelaki warganegara Indonesia ditemukan mati dalam keadaan tergantung di sebuah kilang di Jalan Bintulu-Sibu sekitar pukul 1.20 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili ketika dihubungi hari ini, berkata polis yang menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat tersebut bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang berumur 23 tahun itu dipercayai mati membunuh diri.
“Pihak polis juga melakukan pemeriksaan awal fizikal mangsa dan kawasan sekitar mendapati tiada unsur-unsur yang mencurigakan,” katanya.
Katanya, motif mangsa menggantung diri belum dapat dipastikan dan masih dalam siasatan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai matiΒ mengejut.Β – Utusan BorneoΒ Online