Warga emas 72 tahun didakwa rogol anak jiran di Miri 0 6732

MIRI: Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan merogol dan melakukan gangguan seksual ke atas seorang anak jirannya yang berusia 11 tahun.

Tertuduh, 72, dari Tudan Desaras di sini didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh yang menjalankan perniagaan kedai runcit dituduh merogol seorang budak perempuan berusia 11 tahun dan 11 bulan (semasa kejadian) yang juga merupakan anak jirannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 7 pagi dan 8 malam pada 10 Oktober 2017 hingga jam 7 pagi hingga 8 malam pada 22 Disember 2017 di rumahnya di Tudan Desaras di sini.

Selain itu, tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan gangguan seksual secara fizikal terhadap mangsa yang sama dengan niat melakukan hubungan seks.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan di tempat yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan salah tertuduh direkodkan.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut kes ini di Mahkamah Sesyen.

Pendaftar Mahkamah Rendah, Brian Bryan Mason yang mendengar kes itu membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan 18 September ini untuk sebutan lanjut kes di Mahkamah Sesyen.

Manakala tertuduh diperintahkan dibebas dengan jaminan RM3,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13117

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news