Gadis etnik Orang Ulu keajaiban Sarawak, kecantikan mereka cukup luar biasa 0 12404

Seperti yang kita ketahui Sarawak sememangnya terkenal dengan kecantikan semulajadi gadis-gadis dari perbagai suku, kaum dan Etnik. Kecantikan gadis-gadis dari Sarawak memang tidak dapat dinafikan hingga ramai orang luar tertawan hati jika bertandang ke Sarawak.

Pada pendapat penulis dalam banyak suku
kaum dan etnik, gadis-gadis dari kumpulan Etnik orang ulu Sarawak yang terdiri daripada Lun Bawang, Lun Dayeh, Kayan, Kedayan Kenyah, Kajang, Kejaman, Penan, Punan, Ukit, Murut, Berawan, Kelabit dan lain-lain antara mempunyai kecantikan yang cukup luar biasa di Sarawak dan juga asia.

Boleh dikatakan kecantikan semuladi gadis-gadis dari kumpulan etnik tersebut salah satu keajaiban yang cukup mahal dan tidak ternilai di Sarawak dan Kepulauan Borneo secara amnya. Apa yang menariknya meskipun tanpa bersolek, kecantikan mereka tetap terselah dan tiada tolok tandingannya.

β€ͺSelain mempunyai kecantikan yang semulajadi, mereka juga memiliki aura memikat yang cukup luar biasa. Tidak dapat dinafikan lagi mana-mana jejaka yang terpandang gadis-gadis dari kumpulan etnik tersebut akan jatuh hati kerana kecantikan dan jelingan mereka bisa meruntuhkan iman. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13421

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8132

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news