Warga emas berusia 70 tahun ditangkap kerana curi dompet di Miri 0 5768

MIRI: Selepas seminggu dipercayai mencuri dompet, seorang lelaki warga emas akhirnya terjerat selepas berjaya ditangkap orang awam di sebuah kawasan di Jalan Brooke di sini, malam kelmarin.

Menurut sumber, suspek berusia 70-an itu ditangkap semasa tidak sedarkan diri dipercayai sedang mabuk kira-kira jam 10 malam.

“Beliau ditangkap sekumpulan orang awam dipercayai rakan-rakan kepada seorang lelaki yang menjadi mangsa kes curi dompet tersebut yang mengecam muka suspek.

“Muka suspek berjaya dicam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan kejadian pada Ahad lalu,” kata sumber.

Suspek yang ditangkap kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pusat Miri dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, dalam kejadian Ahad lalu seorang lelaki mendakwa dompetnya dicuri dalam kereta semasa mangsa sedang berehat di kawasan parkir Pusat Komersil Centrepoint di sini kira-kira jam 1 pagi.

Suspek dipercayai membuka pintu penumpang lalu melarikan dompet yang diletakkan di bahagian brek tangan.

Difahamkan, kecurian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian lebih RM2,000 dan kehilangan dokumen pengenalan diri. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15440

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8424

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news