KUCHING: Aktiviti pembanterasan judi haram terus menjadi fokus Polis Sarawak, dan terkini, seramai 33 tahi judi dicekup dalam 27 serbuan berasingan sepanjang minggu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, kesemua suspek ditahan dalam 20 operasi melibatkan premis penjualan loteri tidak berlesen, judi siber (6) dan perjudian terbuka (1).
“Daripada semua suspek yang berusia antara 17 hingga 52 tahun, empat adalah warga asing dan sepuluh wanita.
Serbuan yang berlangsung dari 8 hingga 15 April lalu dilakukan di daerah Kuching, Miri, Sibu, Padawan, Bau, Saratok, Sri Aman, Kota Samarahan, Limbang dan Bintulu.
“Pihak kita kemudian merampas wang tunai berjumlah RM3,945 serta pelbagai peralatan berkaitan judi,” katanya.
Kesemua suspek ujarnya, kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953. –Sarawakvoice