Seorang hilang, 38 selamat, kapal MV Geo sewaan Petronas terbakar di Tanjung Baram 0 5707

KUCHING: Seorang hilang, 38 selamat dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah kapal yang beroperasi untuk syarikat Petronas.

Sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memberitahu,
pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden berkenaan sekitar jam 3.45 pagi tadi.

“Kapal yang terbakar dikenal pasti sebagai MV Geos dan sedang berada di perairan Tanjung Baram, berhampiran sebuah pelantar minyak.

Sejurus mendapat maklumat, Pusat Operasi Daerah Maritim 13 Miri telah mengatur gerak sebuah bot, iaitu Penggalang 23 untuk mencari vesel tersebut dan menemui sebuah kapal yang sedang terbakar pada kedudukan lebih kurang lima batu nautika dari Tanjung Baram.

“Terdapat sebuah vesel lain berhampiran kapal terbakar tersebut yang membantu melawan kebakaran.

“Seorang kru kapal dilaporkan hilang manakala 38 krew lain selamat.

Katanya, Maritim Malaysia turut mengatur gerak sebuah lagi kapal iaitu KM Siakap untuk gerakan mencari dan menyelamat pada pagi ini.

“Difahamkan, api di bahagian luar kapal telah berjaya dipadamkan namun masih ada api kecil di bahagian dalam,” katanya lagi.

Sementara itu, Petroleum Nasional Berhad (Petronas) sebentar tadi mengesahkan sebuah kapal yang berkaitan dengan pihaknya terbakar di perairan Sarawak.

Kebakaran berlaku sekitar jam 3.15 pagi tadi dan Petronas telah mengaktifkan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) yang bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk menangani insiden tersebut.

“Keadaan ini terkawal,” kata syarikat itu lagi dalam satu kenyataan –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14929

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8362

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news