100 hari tak cukup tunai semua 10 janji HARAPAN – Tun M 0 5505

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kerajaan memerlukan masa lebih daripada 100 hari untuk menunaikan janji-janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu.

Menurut perdana menteri hal itu kerana manifesto terbabit dirangka ketika gabungan HARAPAN tidak menjangkakan mampu memperoleh kemenangan selesa mengatasi BN.

β€œMemanglah semasa itu kami sangka kami tidak boleh menang (PRU) lalu kami memberikan janji-janji yang kuat, yang kami dapati sukar untuk dilaksankaan pada hari ini.

“Kami katakan (dalam manifesti) bahawa dalam 100 hari kami akan menunaikan 10 janji berbeza. Tetapi sekarang kami dapati agak sukar untuk memenuhi objektif 100 hari berkenaan,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian semasa berucap selepas mesyuaray agung tahunan Dewan Perdagangan Amerika di Kuala Lumpur hari ini.

Untuk kali pertama BN dinafikan haknya untuk menjadi kerajaan sejak merdeka apabila kecundang di tangan HARAPAN dalam PRU ke-14 lalu.

Pencapaian itu membolehkan Dr Mahathir sekali lagi dilantik sebagai perdana menteri. Beliau pernah menjadi perdana menteri selama kira-kira 22 tahun, mulai 1982.

Berusaha siang malam

Untuk mendapatkan sokongan rakyat HARAPAN menawarkan pelbagai janji melalui manifestonya, termasuk 10 janji yang diikrar akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

Antaranya ialah menangguhkan pembayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), meningkatkan tahap gaji minimum dan menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan Perjanjian Malaysia 1963.

Turut dijanjikan, penubuhan suruhanjaya siasatan diraja mengenai skandal melibatkan 1MDB, Felda, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Tabung Haji.

Menurut Dr Mahathir ada beberapa janji HARAPAN sudah dilaksanakan seperti mengeluarkan nama peminjam PTPTN daripada senarai hitam, memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), memperkenalkan semula subsidi minyak serta mengkaji semula semua projek mega yang diluluskan kerajaan terdahulu.

Walaupun memerlukan masa lebih lama, Dr Mahathir memberi jaminan kerajaan HARAPAN tetap akan menunaikan segala janji yang diikrarkan sebelum ini.

“Kami masih melakukannya, tetapi ia mungkin memerlukan masa lebih sedikit daripada 100 hari.

“[…] Kami sangat, sangat bekerja keras siang dan malam untuk cuba membina semula ekonomi negara ini,” katanya.

Menurut perdana menteri kerajaan semasa kekurangan tokoh berpengalaman kerana HARAPAN – sebahagian besarnya – selama ini ialah parti pembangkang.

Katanya, selama 60 tahun pembangkang – kecuali Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang sebahagiannya dianggotai bekas menteri dan perdana menteri) – sentiasa cuba mengalahkan kerajaan BN dan gagal.

“Sekarang mereka menang tetapi tidak tahu bagaimana kerajaan beroperasi.

“Ia jauh lebih mudah untuk mengkritik orang lain dari luar tetapi tidak begitu mudah (apabila) anda berada di dalam (kerajaan), anda perlu melaksanakan.

“Tetapi kami akan tetap melaksanakannya kerana menjadi matlamat kami untuk melakukannya pada tahap terbaik,” katanya. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13470

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news