Umur belia Johor kekal 15-40 tahun – Dr Sahruddin 0 5963

KERAJAAN negeri Johor mengambil keputusan mengekalkan had umur belia di negeri antara 15 tahun hingga 40 tahun bagi memastikan pelan perancangan yang telah dirangka, khususnya melibatkan belia, tidak terbantut.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata kerajaan negeri menghormati pandangan dan keputusan Kerajaan Persekutuan dalam membuat keputusan pelaksanaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 688), yang mana RUU itu antara lain telah menurunkan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

“Johor masih mentakrifkan definisi belia dari umur 15 hingga 40 tahun. Pada umur 40 tahun, mereka merupakan kelompok yang strategik untuk membina karakter kepimpinan dalam berjuang dan mempertengahkan isu-isu semasa yang berbangkit,” kata beliau dalam satu kenyataan, Isnin.

Menurut Dr Sahruddin, ini seiring dengan semarak cita-cita melalui penonjolan idealisme, aktivisme dan intelektualisme yang merupakan ciri serta citra orang muda.

“Malah, pada peringkat umur ini, literasi politik mereka juga stabil, selain merupakan masa yang sesuai untuk membentuk mereka menjadi pemimpin pelapis masa hadapan,” kata beliau.Selain itu, kebanyakan dana bantuan yang diperkenalkan kerajaan mengguna pakai had umur 18 hingga 40 tahun.

“Pada masa ini juga golongan belia yang berusia 30 tahun hingga 40 tahun masih aktif menyertai pelbagai program, termasuk program-program aktiviti luar, antaranya aktiviti sukan. Maka Johor merasakan had umur belia 40 tahun dikekalkan adalah wajar,” kata Menteri Besar.

Pada 3 Julai lepas, persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 688), yang bertujuan antaranya menurunkan had umur dalam takrif belia daripada 40 kepada 30 tahun.

Rang undang-undang berkenaan juga mengadakan peruntukan bagi had umur minimum dan maksimum seseorang pemegang jawatan suatu pertubuhan belia berdaftar, dengan tidak kurang daripada 18 tahun serta tidak lebih 30 tahun pada tarikh pelantikannya.-Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news