Polis tangkap dua lelaki kerana miliki dadah jenis syabu di Kampung Bumbok 0 7128

Kuching: Dua lelaki tempatan berusia 16 hingga 24 tahun ditangkap oleh polis di sebuah pondok kecil di Kampung Bumbok sekitar jam 9.50 malam tadi.

Menurut info hasil pemeriksaan, pihak polis telah menemui Ketulan Syabu seberat 6.25 gram. kedua-dua suspek kini telah ditahan untuk siasatan selanjutnya.

Kes akan disiasat di bawah 39A (1) ADB 1952 yang membawa hukuman penjara
tidak kurang 2 tahun tetapi tidak lebih daripada 5 tahun dan juga akan
dikenakan hukuman sebat, tidak kurang 3 sebatan dan tidak lebih daripada
9 sebatan dan manakala 12 (2) ADB 1952 pula membawa denda tidak lebih
RM 100,000.00 atau dikenakan penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-
duanya sekali.

Hasil saringan awal air kencing kedua-dua saspek masing-masing
Positif dadah jenis Amphetamine. – Kedua-dua saspek telah di reman untuk siasatan pihak polis – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12481

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news