1,339 keluarga di Sarawak terima bantuan wang ihsan bencana 0 5731

KUCHING: Sebanyak 1,339 keluarga yang terjejas akibat banjir di Sarawak pada tahun ini menerima bantuan wang ihsan bencana RM500 untuk sekali hari ini.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sejumlah RM669,500 diperuntukkan bagi tujuan itu.

Majlis penyerahan bantuan tersebut diadakan di Dewan Perpaduan Debak, Betong dan disempurnakan oleh Pegawai Daerah Betong, Sofhi Jebal.

Pada tahun ini, bencana banjir di Sarawak berlaku di sembilan daerah iaitu Kuching, Bau, Lundu, Simunjan, Betong,Pakan, Kanowit, Selangau dan Bukit Mabong.

Daerah kecil Debak mencatatkan penerima bantuan wang ihsan bencana teramai iaitu 612 keluarga melibatkan peruntukan RM306,000.

Bantuan wang ihsan bencana merupakan salah satu usaha kerajaan membantu rakyat ketika bencana banjir berlaku yang terikat dengan polisi dan prosedur yang sedia ada.

Menurut Sekretariat JPBN Sarawak lagi, bantuan wang ihsan bencana itu diberikan selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di bawah peruntukan Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) selaku penyelaras dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai pelaksana penyerahan bantuan di seluruh negara.

Pemberian bantuan wang ihsan itu bertujuan membantu mangsa memulakan kehidupan setelah dilanda bencana dan bukan ganti rugi mahupun pampasan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news