Pogba komited bersama Man Utd, tegas Solskjaer 0 5877

LONDON, England: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan Sabtu lepas di mana beliau “tidak mempunyai sebarang keraguan” di mana Paul Pogba masih komited kepada kelab Manchester United.

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu tidak berada dalam skuad United ketika menewaskan AC Milan pada perlawanan persahabatan pramusim di Cardiff Sabtu lepas.

Solskjaer bagaimanapun berkata ketiadaan Pogba dalam pasukannya adalah kerana “kesakitan di bahagian belakang”.

Apabila ditanya jika Pogba akan terus kekal di United, pengurus dari Norway itu berkata: “Saya tidak mempunyai sebarang keraguan.

“Saya tidak menjangkakan beliau dalam pesawat ke Cardiff. Saya ada bercakap dengan beliau selepas sesi latihan dan beliau tidak berasa selesa.

“Paul mungkin akan kembali menjalani latihan awal minggu ini. Ia bukan kecederaan, ia hanya sedikit kesakitan. Kami tidak mahu mengambil sebarang risiko minggu ini dan beliau seharusnya OK menentang Chelsea minggu hadapan.”

Pogba membangkitkan spekulasi mengenai masa depannya pada bulan Jun apabila berkata ia “mungkin masa yang baik untuk mempunyai cabaran baharu di tempat lain”.

Dalam perkembangan lain, Solskjaer berkata perjanjian 80 juta pound untuk membawa pemain pertahanan Harry Maguire dari Leicester City menghampiri muktamad.

“Saya berharap perincian terakhir dicapai supaya kami boleh mengumumkan secara rasmi perpindahan ini dalam masa terdekat,” kata Solskjaer. — AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7602

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5249

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news