15 terbunuh dua bot karam menjelang Aidilfitri 0 5533

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 15 maut apabila dua bot karam di perairan Indonesia, kata pihak berkuasa, dan pekerja penyelamat berusaha mencari puluhan lagi yang masih hilang.

Kemalangan feri adalah perkara biasa di Indonesia, terutama ketika Aidilfitri apabila jutaan rakyat negara itu balik ke kampung masing-masing menerusi jalan darat, laut dan udara.

Bot panjang membawa kira-kira 43 penumpang karam di Makasar di kepulauan Sulawesi menyebabkan 13 maut dan bot laju membawa 30 penumpang karam di Sumatera Selatan, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang.

Pihak berkuasa termasuk agensi mencari dan menyelamat Indonesia, polis dan tentera menghantar bot laju dan puluhan kakitangan untuk mencari mangsa terselamat.

“Kami masih belum ada maklumat berapa yang selamat kerana usaha mencari masih berterusan,” kata jurucakap pejabat mencari dan menyelamat Palembang, Toto Mulyono.

Sementara jurucakap agensi mencari dan menyelamat di Makassar berkata, 22 berjaya diselamatkan di situ. – Reuters

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15411

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news