Kabinet Malaysia: Baru sebagai Menteri Kerja, dua jawatan untuk GPS? 0 5546

KUCHING: Senarai 26 ahli Kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikatakan didedahkan oleh sumber berkedudukan tinggi, telah diterbitkan oleh The Malaysian Insight pada hari ini.

Perkara yang menarik perhatian adalah ketiadaan nama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen yang sebelum ini disebut-sebut akan dilantik sebagai salah seorang menteri persekutuan.

Bagaimanapun pelantikan Naib Pengerusi PH Baru Bian sebagai Menteri Kerja Raya amat dialu-alukan, jika senarai tersebut benar.

The Malaysian Insight memetik sumber sebagai berkata Baru dipilih untuk Kementerian Kerja Raya kerana beliau berada pada kedudukan yang baik untuk mengutamakan projek-projek di Borneo.

“Pakatan mahu kerja pembangunan diteruskan di Sarawak dan Sabah.

Infrastruktur yang mencukupi sudah dibina di semenanjung, dan Baru adalah orang terbaik untuk tugasan itu. Beliau tahu apa yang diperlukan,” kata sumber itu, yang menambah dua nama lagi mungkin akan disenaraikan memandangkan Barisan Nasional Sarawak sudah tiada lagi dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dipercayai mesra PH.

Mereka juga mungkin akan menyertai pakatan persekutuan (PH) pada peringkat nasional, dan calon-calon mereka akan ditawarkan untuk duduk dalam Kabinet Persekutuan,” kata sumber berkenaan.

The Borneo Post dimaklumkan oleh sumber boleh dipercayai bahawa dua portfolio telah diperuntukkan khusus untuk GPS.

Nama-nama lain yang disebut dalam senarai The Malaysian Insight termasuk Teresa Kok (Wilayah Persekutuan), Yeoh Bee Yin (Tenaga, Teknologi dan Alam Sekitar), Dr Xavier Jayakumar (Air, Tanah dan Sumber Semula Jadi), Saifudin Nasution (Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna), Saifuddin Abdullah (Pendidikan Tinggi), Mujahid Yusof  (Hal Ehwal Luar), Khalid Samad (Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri),  Darell Leiking (Industri dan Perdagangan Antarabangsa), Mohamaddin Ketapi (Pelancongan), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Belia dan Sukan), Redzuan Yusof (Usahawan), VK Liew (Undang-undang) dan P. Waythamoorthy (Hal Ehwal Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri). – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13505

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news