156 terbunuh dalam letupan beberapa gereja, hotel di Sri Lanka 0 6217

COLOMBO: Beberapa letupan berlaku di hotel-hotel mewah dan gereja-gereja terkemuka di Sri Lanka ketika sambutan Hari Easter pada Ahad, membunuh sekurang-kurangnya 156 orang, termasuk 35 warga asing.

Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe mengecam serangan itu sebagai ‘pengecut’ dan memberitahu kerajaan sedang berusaha “mengawal situasi”.

Beberapa gambar di muat naik di media sosial dan stesen berita tempatan menunjukkan kerosakan yang meluas di salah satu daripada tiga gereja yang disasarkan dalam ledakan bom hampir serentak hari ini.

Ratusan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.

Punca letupan belum dapat dipastikan memandangkan belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Namun dokumen dilihat oleh AFP mendapati ketua polis Sri Lanka, Pujuth Jayasundara mengeluarkan amaran perisikan kepada pegawai tertinggi 10 hari lepas, memberi amaran bahawa serangan bom bunuh diri dirancang dilakukan di “gereja-gereja yang terkenal”.

“Sebuah agensi perisikan asing telah melaporkan bahawa NTJ (National Thowheeth Jama’ath) merancang untuk melakukan serangan bunuh diri yang mensasarkan gereja-gereja yang terkenal serta suruhjaya tinggi India di Colombo,” kata kenyataan amaran itu.

NTJ adalah kumpulan Muslim radikal di Sri Lanka yang dikaitkan pada tahun lalu dalam vandalisme patung-patung Buddha.

Letupan pertama dilaporkan berlaku di St Anthony’s Shrine, gereja Katolik terkemuka di ibu kota Colombo.

Letupan membunuh kedua disahkan berlaku di St Sebastian, sebuah gereja di bandar Negombo, utara ibu kota.

“Serangan bom berlaku ke atas gereja kita, sila hadir bantu jika ahli keluarga anda berada di sana,” kata catatan Facebook gereja tersebut.

Tidak lama kemudian, polis mengesahkan gereja ketiga di bandar Batticoloa diserang, bersama tiga hotel mewah di ibu negara.

Sumber-sumber hospital memberitahu warga Britain, Belanda dan Amerika adalah antara yang terbunuh, dan warga Inggeris dan Jepun antara tercedera dalam serangan tersebut.

Kawasan restoran Hotel Shangri-La yang terkena letupan – Gambar AFP
Kawasan restoran Hotel Shangri-La yang terkena letupan – Gambar AFP
Presiden Maithripala Sirisena dalam satu ucapan memberitahu beliau amat terkejut dengan letupan itu dan merayu orang ramai untuk tenang, dan perdana menteri dijangka bercakap dengan media tidak lama lagi.

Dalam Twitter, Wickremesinghe menulis: “Saya sangat mengutuk serangan pengecut kepada orang-orang kita hari ini.

“Saya menyeru semua orang Sri Lanka semasa masa tragis ini untuk terus bersatu dan kuat, elakkan daripada menyebarkan laporan dan spekulasi yang belum disahkan. Kerajaan mengambil langkah segera untuk mengawal keadaan ini.”

Hotel-hotel yang disasar dalam serangan itu adalah destinasi popular dalam kalangan pelancong, antaranya adalah Cinnamon Grand, yang terletak berhampiran kediaman rasmi perdana menteri di Colombo.

Pegawai-pegawai di hotel memberitahu AFP letupan di sana mengena restoran, dan sekurang-kurangnya seorang telah terbunuh.

Di hotel Shangri-LA, jurugambar AFP melihat kerosakan teruk pada tingkat kedua restoran, dengan tingkat pecah dan wayar elektrik tergantung dari siling.

“Mesyuarat tergempar dibuat dalam beberapa minit. Operasi menyelamat sedang dijalankan,” kata Menteri Pembaharuan Ekonomi dan Pengedaran Awam, Harsha de Silva, dalam laman Twitter.

Beliau berkata beliau telah pergi ke dua hotel yang diserang, dan telah ke lokasi di St Anthony’s Shrine, yang beliau sifatkan sebagai “lokasi-lokasi mengerikan”.

“Saya melihat banyak anggota badan bergelimpangan,” katanya dalam Twitter sambil menambah, “banyak mangsa terkorban termasuk warga asing”.

“Sila bertenang dan kekal berada dalam bangunan,” tambahnya.

Duta-duta di Colombo turut memberi amaran kepada rakyat-rakayt untuk berlindung, dan Syarikat Penerbangan Sri Lankan memberitahu pelanggan untuk tiba di lapangan terbang empat jam lebih awal apabila tahap keselamatan diperketat susulan serangan tersebut.

Serangan bom melanda Colombo, Negombo dan Batticoloa – Gambar AFP
Hanya sekitar enam peratus daripada majoriti Buddha di Sri Lanka adalah Katolik, tetapi agama itu dilihat sebagai kuasa penyatu kerana ia merangkumi orang dari kedua-dua Tamil dan majoriti etnik Sinhala.

Tidak ada serangan di Sri Lanka yang dikaitkan dengan kumpulan Islamis asing, walaupun media tempatan melaporkan bahawa seorang warga Sri Lanka berusia 37 tahun terbunuh di Syria pada 2016 ketika berjuang untuk kumpulan Negara Islam (IS).

Pada bulan Januari, polis Sri Lanka merampas bahan letupan dan peledak yang terletak berhampiran tempat perlindungan hidupan liar berikutan penangkapan empat lelaki dari kumpulan Muslim radikal yang baru dibentuk. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13857

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13026

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news