Baru, See dipelawa sertai debat pindaan Perlembagaan 0 5760

KUCHING: Menteri Kerja Raya Baru Bian dan Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How dipelawa untuk menyertai perdebatan bertajuk “Menolak Pindaan Perlembagaan pada 9 April adalah Pengkhianatan untuk Warga Sarawak”.

Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) Lina Soo (gambar) berkata sesi perdebatan itu akan disertai oleh beliau sendiri dan Ketua Penerangan dan Publisiti Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) Peter John Jaban.

“Perdebatan adalah tanda demokrasi yang berkembang maju dan kematangan politik. Memandangkan Baru menyeru kepada rakyat Sarawak untuk menilai sendiri, biarkan perdebatan itu akan membolehkan rakyat menilai siapa pengkhianat sebenar Sarawak.

“Jika kedua-dua YB (wakil rakyat) PKR menolak untuk mempertahankan pendirian mereka, maka mereka harus memohon maaf kepada rakyat Sarawak kerana menyokong pindaan perlembagaan yang akan mengunci kedudukan Sarawak sebagai Negeri Persekutuan, tidak lebih tidak kurang, setara dengan Negeri Kedah atau Negeri Perlis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Soo berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau menyifatkan tindakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mengundi usul meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan pada malam 9 April sebagai satu bentuk pengkhianatan atas kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Sarawak.

“Bukankah ia kedengaran seolah-olah ahli politik Sarawak yang mengejar kepentingan peribadi mereka melebihi kepentingan rakyatnya sendiri. Itu adalah pengkhianatan yang lebih besar,” ujarnya Soo.

Lina berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Baru yang mendakwa perkara itu tidak perlu dibawa ke persidangan DUN Sarawak.

Sikap Baru tambahnya, menunjukkan tanda tidak hormat beliau terhadap pengundinya di Sarawak yang melayakkan dirinya menjawat jawatan di Parlimen dan Kabinet negara bagi menjaga kepentingan rakyat.
Sebaliknya ahli politik ini katanya, mengabaikan hak mereka untuk memperoleh maklumat dan kandungan perjanjian penuh yang penting bagi Sarawak.

“Tidak ada perkara yang lebih membimbangkan bagi Sarawak melainkan isu berkaitan perlembagaan yang menjejaskan integriti wilayah dan martabat rakyatnya.

“Isi kandungan perjanjian mesti dibincangkan dengan rakyat menerusi penggubal undang-undang di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Mereka yang mewakili rakyat mesti terlibat sama dalam proses membuat keputusan dan tidak menghiraukan perkara tersebut adalah satu penghinaan kepada rakyatnya,” ujarnya lagi. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12971

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12252

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news