Laksa Sarawak juga merupakan makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara.

Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi.

12. Kek Lapis Sarawak

Kek lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina.

Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu.

Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut.

13. Tebaloi

Tebaloi merupakan sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah sagu.

Makanan ini banyak dieksport ke luar negara dan merupakan salah satu makanan tradisional sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi.

14. Umai

Umai pula merupakan makanan yang berasal dari kaum Melanau di Sarawak. Semua penduduk sarawak yang berbagai kaum menggemari umai. Ianya disediakan dari ikan yang mentah.

Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dipotong kecil-kecil seterusnya diperap bersama limau, bawang merah dan cili. Ianya juga dicampur dengan bahan perasa yang lain.

Umai yang biasa dijumpai adalah umai ikan dan umai udang. Umai lebih sedap dimakan setelah disimpan di dalam peti sejuk.

15. Midin

Sayur midin atau nama panjangnya Kemidin merupakan sejenis sayur yang sangat popular di Sarawak dan kebiasaanya sayur ini dimasak secara goreng belacan.

Sekali pandang sayur ini tidak ubah seperti sayur pucuk paku. Midin goreng belacan merupakan hidangan makanan yang juga tidak kurang popularnya di kalangan kaum Iban, yang berbeza hanya cara penyediaan.

Banyak kedai-kedai makan di Sarawak yang menyediakan menu makanan sayur midin dengan pelbagai cara masakan.

16. Penganan

Penganan merupakan kuih tradisional kaum Iban yang sangat popular dan sering menjadi makanan wajib ketika perayaan hari Gawai.

Ianya diperbuat daripada tepung beras dan beberapa bahan lain sebelum dijadikan doh untuk digoreng. Rasanya yang kenyal dan manis pasti menarik perhatian mereka yang makannya.

Maka, itulah 16 jenis makanan serta snek yang berasal daripada Sabah dan Sarawak. Gabungan Malaysia telah membolehkan kita sebagai rakyat malaysia merasai kelainan dari segi makanan kita dimana kita mempunyai pelbagai makanan yang unik, sedap dan tidak dijumpai dimana-mana pelusuk dunia selain tanahair kita tercinta ini.