17 maut serangan bom kereta – Turki 0 5819

ISTANBUL : Sekurang-kurangnya 17 orang maut manakala 20 yang lain cedera di utara Syria yang dikuasai Turki akibat letupan bom kereta, kata kementerian pertahanan Turki, semalam.

Serangan berkenaan berlaku di perkampungan Tal Halaf, di barat bandar Ras Al Ayn, yang kini berada di bawah penguasaan tentera Turki selepas serangan pada Oktober lalu, kata kementerian menerusi kenyataan rasmi di akaun Twitter.

Beberapa kenderaan turut bersepai dalam letupan yang berlaku di pasar di kampung berkenaan.

Serangan terbabit dipercayai dilakukan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) yang didakwa Ankara sebagai serpihan Parti Pekerja Kurdish (PKK), iaitu pihak bertanggungjawab melancarkan pemberontakan menentang Turki sejak 1984.

“Kumpulan pengganas PKK terus melakukan serangan bom kereta yang disasarkan kepada orang awam. Pembunuh kanak-kanak itu kali ini meletupkan bom kereta perkampungan Tal Halaf di barat Ras Al Ayn, membunuh 17 orang dan mencederakan lebih daripada 20 penduduk,” kata kementerian pertahanan di Twitter.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain mengesahkan serangan itu dan menambah jumlah kematian kepada 17, berbanding laporan awal iaitu 11 mangsa, dengan berkata, sebahagian besar mereka terdiri daripada anggota pasukan sokongan Turki.

Pasukan Turki dan proksi mereka, iaitu bekas pemberontak Syria melancarkan serangan ke atas pasukan Kurdish di Syria pada 9 Oktober lalu.

Tindakan ketenteraan berkenaan dilakukan selepas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan pasukannya untuk berundur, dalam tindakan yang disifatkan Kurdish sebagai satu pengkhianatan ke atas mereka. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12928

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12216

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news