Tiga nelayan tempatan dikhuatiri hilang di perairan Bintulu 0 5969

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) hari ini melancarkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) tiga nelayan yang hilang di perairan Bintulu sejak semalam.

Pengaran Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, Shamsuddin Dahlan, 52, Mohd Husaini Azman, 18, dan Mohd Syazwan Shamsuddin, 17, telah keluar ke laut dengan menggunakan sebuah bot pada pukul 3.00 pagi semalam untuk memancing ikan dan tidak pulang sehingga kini.

“Mangsa dipercayai hilang di sekitar perairan Beting Nyabau dan Beting Kidurong Bintulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi SAR melibatkan kawasan seluas 10 batu nautika persegi iaitu kira-kira 20 kilometer persegi dari perairan Beting Nyabau dan Beting Kidurong Bintulu.

“Operasi SAR akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemui,” katanya sambil menambah orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 24 jam Pusat Operasi Maritim Zon Bintulu 086-314254. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news