184 negara dan ekonomi sertai COVAX – WHO 0 5342

184 negara dan ekonomi sertai COVAX – WHO

GENEVA: Sebanyak 184 negara dan ekonomi bergabung di bawah COVAX, sebuah inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin COVID-19 yang adil dan berkesan di seluruh dunia, lapor agensi berita Xinhua.

“COVAX mewakili portfolio terbesar vaksin COVID-19 dan kaedah paling berkesan untuk memastikan vaksin dapat dikongsi dengan selamat dan berkesan di seluruh dunia,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media maya di sini.

“Berkongsi vaksin secara adil adalah cara terpantas untuk melindungi masyarakat yang berisiko tinggi, menstabilkan sistem kesihatan dan mendorong pemulihan ekonomi global yang berkesan,” tambahnya.

Sebagai antara negara utama dalam pembangunan vaksin, China secara rasmi bergabung di bawah COVAX, langkah yang disifatkan jurucakap Kementerian Luar China sebagai penting untuk menegakkan konsep komuniti kesihatan bersama bagi semua dan komitmen menjadikan vaksin COVID- 19 membawa kebaikan kepada masyarakat awam global.

Pada sidang media sama Tedros berkata pandemik COVID-19 kini memasuki “fasa yang membimbangkan.”

Kedatangan musim sejuk di hemisfera utara dan lonjakan dalam jumlah kes baharu, Tedros memberi amaran beberapa bulan akan datang bakal menjadi lebih sukar, terutama di Eropah dan Amerika Utara.

“Oleh itu, penting kepada semua kerajaan untuk menumpukan seluruh perhatian kepada asas utama yang membantu memutuskan rantaian penularan demi untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan,” kata Tedros.

Ketika dunia sedang berjuang membendung pandemik COVID-19, negara di seluruh dunia berlumba-lumba mencari vaksin.

Menurut laman web WHO, pada 19 Oktober, terdapat 198 vaksin percubaan yang dibangunkan di seluruh dunia dan 44 daripadanya kini di peringkat ujian klinikal. – BERNAMA dari Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13857

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13026

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news