Dua rumah panjang terbakar di Pasai Siong Tengah 0 6515

Dua rumah panjang terbakar di Pasai Siong Tengah

SIBU: Dua blok rumah panjang terbakar dalam kejadian kebakaran di Rumah Jelian Nayor dan Rumah Douglas Langi, Pasai Siong Tengah, dekat sini, hari ini.

Kebakaran itu dikatakan bermula dari Rumah Jelian yang mempunyai 28 buah pintu dan merebak ke Rumah Langi (21 pintu) yang terletak bersebelahan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima laporan kebakaran rumah panjang lebih 40 pintu pada jam 1.54 tengah hari.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah diketuai Suna Kaha dikerahkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran di lokasi yang terletak kira-kira 25 minit dari balai.

Pasukan itu turut dibantu anggota dari BBP Sibu yang diketuai Shahrulnizam Waillie.

“Kebakaran telah menyebabkan 48 pintu terbakar manakala sebuah lagi terselamat. Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah 80 peratus,” katanya.

Katanya, kebakaran itu turut menjejaskan 15 buah motosikal, tiga buah kereta, sebuah lori tiga tan, dan sebuah van.

“Kebakaran terkawal pada jam 3.15 petang,” katanya sambil menambah, pihak bomba menjalankan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan sisa kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.

Difahamkan, Rumah Jelian mempunyai 260 penghuni manakala jumlah penghuni Rumah Langi belum dapat dipastikan.

 oleh Andy Sabang dari Utusan Borneo

 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news