188 penduduk Dalat terima surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 0 5960

MUKAH: Berita gembira untuk 188 penduduk di Dalat apabila menerima surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri semalam.

Bukan itu sahaja, 102 turut menerima pemberimilikan tanah Seksyen 13 Kanun Tanah Negeri (Pertanian) dan 34 lagi menerima surat kelulusan lot skim penempatan semula Fasa 2.

Semua surat milik tersebut diserahkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam majlis ringkas di Dewan Masyarakat Dalat.

Turut hadir Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keliarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat.

Awang Tengah dalam ucapannya memberikan nasihat kepada rakyat supaya terus mempercayai kerajaan negeri diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menguriskan hak milik tanah di Sarawak.

“Jangan dengar mainan politik orang lain yang mengatakan kerajaan negeri tidak jujur dalam memberikan surat hak milik tanah,” katanya.

Buktinya, sehingga 30 April 2019, sebanyak 26,036 lot individu telah berjaya diukur merangkumi 32,376 hektar (80,0003 ekar).

Justeru, fokus tahun ini seterusnya adalah untuk mengukur lot-lot individu ekoran 718,522 hektar (1.776 juta ekar) yang telah diwartakan untuk surat hak milik individunya dikeluarkan.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah mengotakan janji.

“Seperti yang diketahui, isu tanah merupakan salah satu isu yang paling dekat di hati rakyat,” jelasnya.

Buktinya, sejak beliau menjadi wakil rakyat, ia telah menjadi salah satu isu utama di kalangan penduduk sehingga kini.

Selain mengemukakan beberapa permohonan lain, Fatimah turut mengatakan sebanyak 21 kampung telah dikenal pasti di Dalat memerlukan skim pembesaran.

Ini kerana terdapat peningkatan populasi dan juga bertujuan bagi penempatan untuk generasi baharu. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12365

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news